Masih belum terlambatkan nak ucapkan Selamat Hari Raya buat muslimin & muslimat sekalian?
Anyway,entry kali ni berkaitan dengan tuaian pertama daikon kami.In the previous post,as you all know,i am not sure when to harvest this daikon.Tapi bila memikirkan tentang nak balik beraya dan tiada orang yang menyiram pokok-pokok,makanya lebih baiklah harvest sedikit dulu,untuk menu berbuka puasa kali-kali terakhir ni.Daripada tak dapat merasa langsung nanti,kempunan la pulak.
Masa harvest ni,Ezzy pilih hanya yang 2 paling besar sahaja.Nak tuai banyak-banyak,sapa nak makan kan?Dan hasilnya adalah seperti gambar bawah ni haa.Itu pon sudah banyak untuk kami berdua ni.Sebenarnya.Ezzy sendiri tak pernah makan daikon ni,tapi cuba tanam sebab ada baca dalam internet,daikon adalah tumbuhan yang cepat membesar dan perlukan penjagaan yang banyak/leceh.
2 tiny daikons. Enuff for 2 people.
So,Ezzy ada jugak la google-google kot-kot dapat resepi yang bestkan.Most of the recipes,dalam bentuk soup.So,I give a try.Tapi part yang paling tak best sekali,masa mengupas kulit daikon ni haaa,mak aih bau dia busuknya.Sampai rasa pening kepala.Aishh,biar betul.Rasa risau pulak nak masak,kang nanti dalam sup pon bau busuk lagi.Lepas tu,ada kawan di Facebook bagi tips rebus dengan sup tulang ayam dan tumbuk lada putih.
Alhamdullilah,bila dah jadi sup,bau busuk tu pon dah hilang.Jangan tak tahu yer,daun daikon ni sebenarnya boleh makan jugak,masukkan sekali dalam sup tu,macam sawi.Lepas ni boleh try resepi masak lemak putih daikon & jeruk daikon seperti yang direcommend oleh kawan-kawan di Facebook.
Daikon Soup