Click LIKE!

Saturday, January 4, 2014

Ikan Kembung Masak Tempoyak Ala Perak

Hello to all,
This is my first post in 2014,it is about recipe :)

Ini cerita Khamis lepas.Alkisahnya,dah tak tau nak masak apa untuk dinner.Yang tinggal dalam freezer cuma ikan kembung dan daging.So,memandangkan buntu apa yang nak di masak,Ezzy pon just google resepi ikan kembung kat internet.And,I found something that caught my eyes,ikan kembung masak tempoyak.Rupanya ikan kembung ni boleh masak tempoyak juga ya,selalunya guna ikan patin jer.Ezzy tak ingat dari blog mana Ezzy dapat resepi,tapi Ezzy akan share resepi yang Ezzy buat Khamis lepas.Lebih kurang sama dengan mana-mana resepi dalam internet,but ada tukar-tukar sikit ikut bahan-bahan yang ada di rumah.



Bahan-bahan:-
  • 4 Ikan Kembung
  • Air secukupnya
  • 1 inci kunyit hidup
  • 6 Cili Padi
  • Garam secukup rasa
  • 4 sudu tempoyak
  • Timun (Optional)
Cara-cara:-
  1. Blendkan air,kunyit hidup,tempoyak & cili padi.
  2. Masukkan bahan yang sudah diblend ke dalam periuk.Panaskan sehingga mendidih.
  3. Kemudian,masukkan ikan dan juga timun.Biar sehingga timun lembut.Ready to serve.
Senangkan resepi ni.Very simple,fast and easy.Resepi yang Ezzy share style Perak,but I still prefer style Temerloh :).Anyway,both styles are good and delicious to me.I would suggest you guys to have combination of sambal belacan and ulam-ulaman when you eat gulai tempoyak.

Selamat mencuba :)


0 :: V.O.I.C.E.S :::

 

Blog Template by YummyLolly.com