Click LIKE!

Friday, December 13, 2013

Masak Lemak Cili Padi Ikan Kembung Pucuk Ubi & Terung Goreng Sambal

                                           

This was my dinner for last night.I planned to cook Pucuk Ubi Masak Lemak + Sambal Tumis Ikan Kembong,but end up with another menu, because suddenly I felt so lazy to fry the fish.So,I decided to go for Masak Lemak Cili Padi Ikan Kembung Pucuk Paku + Terung Goreng Sambal.

Recipe as below:-

MASAK LEMAK CILI PADI IKAN KEMBUNG PUCUK UBI
  • 3 ulas bawang merah(blend)
  • 3 ulas bawang putih(blend)
  • 15 cili padi(blend)
  • kunyit hidup(sebesar ibu jari)(blend)
  • 1 batang serai(blend)
  • halia (blend)
  • garam & gula secukup rasa
  • seikat pucuk ubi
  • 2 asam keping
  • daun kunyit(optional)
  • 1 kotak kecik santan
  • 2-3 sudu minyak masak
Cara-cara:-
  1. Tumiskan bahan2 yang diblend sehingga masak dan sedikit kering.
  2. Santan sekotak di campurkan dengan sedikit air,then masukkan kedalam tumisan tadi.Kacau selalu supaya santan sebati.Gunakan api perlahan.
  3. Apabila mendidih,masukkan ikan dan pucuk ubi serta asam keping dan biar dia atas api sehingga masak.Lebih kurang 15-20 minit.
  4. Akhir sekali masukkan daun kunyit(optional) serta garam & gula secukup rasa.Tutup api dan sedia untuk dihidang.
TERUNG GORENG SAMBAL
  • 2 batang terung saiz sederhana
  • 2 batang cili merah/hidup
  • 5 batang cili padi
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • belacan
  • sedikit ikan bilis(x perlu sampai segenggam)
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • garam secukup rasa
  • minyak utk menumis
Cara-cara:-
  1. Tumbukkan kesemua bahan di atas kecuali minyak.
  2. Tumiskan kesemua bahan sehingga garing.Masukkan sos tiram & sos ikan.
  3. Masukkan sedikit air(agak2 kurang secawan).Biar sehingga mendidih.
  4. Masukkan terung dan biar sehingga masak.
*Tips:-
Kalau xnak terung menjadi terlalu lembik,boleh deep fry terung terlebih dahulu.

Selamat mencuba semua :)

0 :: V.O.I.C.E.S :::

 

Blog Template by YummyLolly.com